Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia
Prosedur Permohonan Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia

1. Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

https://spassm.moe.gov.my/

2. Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap rasmi ketua jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nota : Pencalon – Terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),Sekolah Sukan Malaysia (SSM), dan Sekolah Sukan Negeri (SSN).

Syarat Kemasukan Atlet Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

1. Syarat Umum Kemasukan Ke SSM
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
1.3 Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
1.4 Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
1.5 Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).
1.6 Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).

2. Syarat Khusus Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia
2.1 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Rendah Tahun 5 dan Tahun 6
a. Keutamaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.
b. Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
c. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

​ 2.2 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1
a. Memperoleh sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR.
b. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.3 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5
a. Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
b. Dipilih melalui Talent Search/Talent Scouting.

Keputusan Pemilihan Dan Penempatan Atlet Murid Sekolah Sukan Malaysia

1. Semua pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia.
2. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu pertama bulan Disember bagi Ambilan Januari dan minggu ketiga bulan Jun bagi ambilan Julai.
3. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut :

3.1 Laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://spassm.moe.gov.my/.
3.2 Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang berhampiran.

4. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.
5. Tawaran hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan atlet murid ke Sekolah Sukan Malaysia.

JENIS SUKAN DI SSM

Bil. Jenis Sukan SSBJ SSTMI SSM PHG SSM SBH SSM TGN
1 Angkat Berat  √      √  √
2 Badminton        
3 Bola Jaring      
4 Bola Keranjang      
5 Bola Sepak √ (P)  
6 Bola Tampar      
7 Bowling Tenpin        
8 Bowling Padang      
9 Gimnastik Artistik    
10 Gimrama        
11 Hoki √ (L)    
12 Judo      
13 Karate        
14 Kriket        
15 Lawan Pedang    
16 Lumba Basikal      
17 Memanah    
18 Menembak        
19 Olahraga
20 Ping Pong        
21 Ragbi        
22 Renang    
23 Renang Berirama        
24 Tae Kwan Do        
25 Terjun    
26 Sepak Takraw    
27 Silat Olahraga        
28 Skuasy        
29 Wushu        
30 Tenis        
31 Tinju        
JUMLAH 25 15 5 7 8

SYARAT DAN PROSEDUR PENGAMBILAN ATLET MURID KE PROGRAM PRAUNIVERSITI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSM)

Calon lepasan SPM boleh memohon ke Sekolah Sukan Malaysia pada bulan Mac hingga April dan dilaksanakan hanya 1 (satu) kali setahun iaitu untuk Ambilan Julai melalui Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia https://prau.moe.gov.my/.

Syarat Umum :

  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah;
  • Mewakili negara/berpotensi mewakili negara;
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan;
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK); dan
  • Lulus temuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke SSM sekiranya

Syarat Khas :

Aliran Sains

  • Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden; dan
  • Lulus dua (2) mata pelajaran daripada yang berikut :
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Sukan

Aliran Sastera Ikhtisas

  • Lulus dua (2) mata pelajaran daripada yang berikut :
  • Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden; dan
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Sains Sukan
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
Logo Sekolah  Logo  Sekolah
Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-90587335
Faks: 03-90587153
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)
Jalan Bandar Gambang 10
Bandar Gambang
26300 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5497000
Faks: 09-5497001
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
Bandar Penawar
81930 Bandar Penawar
Johor
Tel: 078223027
Faks: 078223028
Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)
Peti Surat 18472
88875 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-402140
Faks: 088-402142
logo sek sukan terengganu Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)
Lot 50393
Jalan Lapangan Terbang
21300 Mukim Kuala Nerus
Kuala Terengganu
Terengganu
Tel:
Faks:
 

 

LENCANA SEKOLAH

Warna / Bentuk Keterangan
Merah  Berani dan dinamik dalam menghadapi cabaran
Biru  Perpaduan dan keharmonian warga SSMT
Kuning  Menjunjung kedaulatan negara
Hitam dan Putih  Warna rasmi Negeri Terengganu
Logo bendera Malaysia  Impian mengibarkan bendera Malaysia di persada dunia
Fortis  Kuat
Magna  Hebat
Virtus  Kuasa

OBJEKTIF SEKOLAH

  • Menjana atlet berpotensi dan bertaraf dunia.
  • Memberi peluang kepada murid di Malaysia cemerlang dalam bidang sukan dan akademik.
  • Memupuk minat dan penglibatan sepanjang hayat dalam bidang sukan.
  • Menyampaikan maklumat kerjaya dalam industri sukan seperti Pegawai Pentadbir Sukan, Psikologi Sukan, Jurulatih dan Pelatih.
  • Mewujudkan satu asas untuk kajian saintifik dalam bidang sukan.

PAUTAN KERAJAAN

mygov jpa
KPM mampu

PENGUNJUNG

520134
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
25
73
98
2109
747
1849
520134