SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH SUKAN MALAYSIA TERENGGANU

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) lahir daripada idea oleh YAB Menteri Besar Terengganu agar Sebuah Sekolah Sukan dibina di Gong Badak. Pengumuman rasmi penubuhannya telah dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi semasa penutupan SUKMA ke -12. Kejayaan kontinjen SUKMA Terengganu yang telah menjadi johan keseluruhan temasya sukan terbesar di Malaysia juga menjadi pemangkin penubuhan SSMT. Kejayaan Terengganu ini telah dapat menukar paradigma “Backwater to front runners of sports”, sekaligus menukar persepsi dan membuka mata masyarakat bahawa negeri yang mundur mampu menjadi gergasi dalam sukan di Malaysia dengan hanya menggunakan modal insan tempatan.

SSMT merupakan Sekolah Sukan Malaysia ke-5 selepas SSBJ, SSTMI, SSMP dan SSMS. SSMT lahir daripada kerjasama pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesudian Kerajaan Negeri memberikan tapak tanah yang sesuai secara percuma di kawasan Gong Badak yang berkeluasan 16 ekar membuktikan kesungguhan dan komitmen tinggi  bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Pelbagai aspek telah diambil kira dalam penubuhan SSMT ini terutamanya dari segi  aksesibiliti kemudahan sukan kerana kedudukan bersebelahan Kompleks Sukan Gong Badak, Majlis Sukan Negeri Terengganu, lapangan terbang, hospital awam, perhubungan jalan raya dan bandar Kuala Terengganu. Semua aspek ini menjadikan SSMT merupakan satu hasil idea strategik yang akan menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang hebat dalam bidang sukan. SSMT telah diberi mandat untuk membangunkan lapan jenis sukan iaitu Sepak takraw, olahraga, judo, silat olahraga, lawan pedang, angkat berat, boling padang dan lumba basikal.

SSMT telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasminya pada 16 Februari 2016 dan beroperasi sepenuhnya pada 16 Julai 2016 dengan ambilan seramai 45 orang atlet murid.

Barisan pentadbir SSMT diterajui oleh En. Huszaidi bin Hussin selaku pengetua yang mula menyandang jawatan tersebut pada 1 Jun 2015 sehingga kini.

PAUTAN KERAJAAN

mygov jpa
KPM mampu

PENGUNJUNG

518726
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
17
18
388
389
1188
0
518726