JUARA ARENA (ATLET MURID)

“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" "Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat"

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu"

"Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat"

Oleh :

Huszaidi bin Hussin

Pengetua

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu

Marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Sekolah, Sekolah Sukan Malaysia Terengganu bagi Tahun 2021 dalam suasana norma baharu. Pada 1 Mei 2021, semua kakitangan sekolah telah menyambut Hari Pekerja, manakala pada tanggal 16 Mei 2021 warga pendidik akan meraikan Sambutan Hari Guru. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Pekerja” dan ”Selamat Hari Guru” kepada semua warga di sekolah ini.

pengetua222Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis walaupun dalam suasana norma baharu ini. Tambahan pula, kini kita berdepan cabaran PdPr dan BDR. Walau apa-apa jua cabarannya kita tetap hadapinya dengan penuh dedikasi. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dan kakitangan sekolah dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan atlet murid dan sekolah ini. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada kita semua. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa yang tidak ternilai.

Dalam dunia pendidikan ini kita mampu melahirkan pelbagai watak dan karakter seperti kata SN Usman Awang:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sempena Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja pada tahun ini, saya ingin mengajak warga SSMT mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa dan memartabatkan sekolah kita. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan semua itu. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita.

Ayuhlah kita,

Yang busut hendaknya jadikan bukit

Yang bukit jadikan gunung.

Yang kapas hendaknya jadikan benang

Yang benang jadikan kain.

Guru adalah tugas yang mulia..tetapi janganlah kita sendiri yang hilangkan kemuliaan tersebut. Guru amat dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi janganlah kita sendiri yang memandang rendah martabatnya, guru seharusnya menunjukkan suri teladan yang baik kepada murid tetapi janganlah tingkah laku kita sendiri ditertawakan oleh orang lain. Guru sepatutnya mengajar tentang ilmu untuk mendekatkan diri dengan pencipta dan bukan hanya bercerita tentang diri sendiri. Ibarat resmi padi..makin berisi makin menunduk. Guru perlu mendidik murid supaya kenal akan dunia luar, kenal akan tanggungjawab, tahu akan akar budaya bangsanya, tahun asal usulnya, tahu adab dan etika, tahu menghormati orang tua, tahu yang mana betul dan yang mana salah, membantu orang yang susah.Itu semua adalah peranan guru.

Malah negarawan Nelson Mandela pernah menyatakan bahawa “education is the most powerful weapon which u can use to change the world”. Kepada seluruh pendidik di SSMT biar penat berdiri jangan penat memberi, biar lelah terduduk jangan lelah membentuk, biar penat bercakap jangan penat berharap.

Sekolah ini adalah institusi pendidikan yang telah mencapai pelbagai sejarah dan kejayaan. Sekolah ini telah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Namun sekolah ini akan tetap berdiri teguh dan gagah mendepani pelbagai cabaran dunia pendidikan abad ke-21. Kita perlu keluar dari zon selesa dan mencabar kemampuan diri. Guru perlu sentiasa punyai keinginan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik. Guru perlu berusaha untuk mengharumkan nama sekolah di pelbagai lapangan dan peringkat.saya juga melihat pelbagai inisiatif yang dibuat oleh guru dan jurulatih terutama penglibatan menganjurkan webinar, perkongsian ilmu sama ada di peringkat sekolah, derah, negeri dan antarabangsa. Sekolah ini membuka ruang seluas-luasnya untuk warganya berkerja, berkarya, berinovasi. Dunia pendidikan zaman kini amat memerlukan guru yang berdaya saing dan tidak pernah mengalah dan berputus asa.

Begitu juga dengan sahabat AKP, tuan/puan adalah support system yang sangat penting untuk pengoperasian sekolah dan membantu kemenjadian atlet murid. Tanpa sokongan dan bantuan anda, semua perancangan sekolah tidak dapat dilaksanakan saban tahun apatah lagi untuk mencapai pelbagai kejayaan sejak sekolah ini beroperasi. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua AKP atas kerja kuat selama ini. Tanpa bantuan semua sudah pasti sukar untuk menguruskan sekolah terutama pada zaman pandemik covid 19 ini. Teruskan kecemerlangan anda. Ucapan tahniah setinggi-tingginya juga saya ucapkan kepada tiga orang penerima anugerah Hari Guru dan Hari Pekerja SSMT tahun 2021 iaitu Cikgu Zulhusni bin Zulkipli (Guru Cemerlang Sains), Cikgu Mohd Futra Abd Ghani (Jurulatih Sepak Takraw) dan Puan Norashidah bt. Abd Rashid (Pembantu Makmal C 22). Penghargaan ini juga kita berikan kepada bagi menghargai sumbang bakti yang telah diberikan kepada bidangnya, kepada sekolah di pelbagai peringkat. Semoga penghargaan ini akan lebih memotivasikan anda semua untuk bekerja dengan lebih gigih dan kuat. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada semua penerima APC SSMT tahun 2020. Tahniah juga kepada cikgu Noorasinta yang pada 16 Mei 2021 lepas telah dipilih sebagai penerima Teachers Awards 2021 dari Frog Asia bagi kategori React for Perfection iaitu pencapaian peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan.

Kepada semua warga sekolah, jangan tanya apa yang sekolah akan beri kepada anda tetapi tanyalah diri sendiri apakah sumbangan yang anda telah berikan kepada sekolah. Kita bekerja bukan sekadar hanya makan gaji tetapi kerja itu adalah ibadah, gaji itu adalah rezeki untuk kita meneruskan kelangsungan hidup untuk keluarga pada ketika ramai orang tiada sumber pendapatan. Kementerian Kewangan Malaysia juga menjelaskan bahawa jika keadaan covid ini berterusan semakin ramai rakyat akan kehilangan pekerjaan. Satu keadaan yang amat membimbangkan. Jadi bersyukurlah dengan keadaan kita sekarang dan berilah sumbangan sebaik mungkin sebagai seorang pendidik dan AKP.

Rezeki juga bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, kerja yang baik juga rezeki, kawan di sekeliling kita juga rezeki, jiran yang baik juga rezeki, Kawan yang baik juga rezeki, keluarga yang baik, kesihatan yang baik juga rezeki, kepada yang baru dapat anak juga rezeki kerana anak akan bawa rezeki, negara yang aman juga rezeki kita Malah dalam Islam ada 8 jenis rezeki iaitu :

  1. Rezeki yang telah dijamin (Surah Hud-9)
  2. Rezeki kerana usaha (surah an-Najm – 39)
  3. Rezeki kerana bersyukur (surah Ibrahim – 7)
  4. Rezeki tidak terduga (surah at Thalaq – 2-3)
  5. Rezeki kerana isghtifar (surah Nuh 10-11)
  6. Rezeki kerana bernikah (surah an Nur 32)
  7. Rezeki kerana anak (surah an Israa 31)
  8. Rezeki kerana sedekah (surah al Baqarah 245)

Tetapi kita juga kena ingat kenapa selalu rezeki kita tak murah antara sebabnya ialah :

  1. Lupa tanggungjawan pada ibu bapa
  2. Kedekut hendak bersedekah
  3. Selalu merungut semua orang tidak betul
  4. Bergaduh dengan adik beradik dan putuskan silaturahim
  5. Pengotor- hati, akal, cakap, fizikal
  6. Solat ala kadar, berdoa ala kadar
  7. Malas, suka buang masa
  8. Tidak ingat mati dan tak bersedia untuk mati
  9. Tidak sabar, cepat melenting dan marah
  10. Susah hendak senyum

Pandemik covid 19 ini benar-benar menguji kita, jadi perlu bermuhasabah apatah lagi dalam dunia sukan antara sektor paling terjejas akibat pandemik ini dan mengajar kita apakah yang paling penting sekarang ialah untuk survive dalam tempoh ini dan menjaga kesihatan. Ingatlah pada akhirnya bahawa kita hidup juga bukan untuk mencari redha manusia atau dipuji manusia tetapi adalah mencari redha Allah dan hanya Dia sebaik-baik perancang. Semoga Allah pelihara dan lindungi kita semua dan sekolah yang kita cintai ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU DAN HARI PEKERJA 2021

"Our School Our Pride"

Terima kasih.

 

HUBUNGI KAMI

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

09-6667012 / 09-6667013

09-6667014

 TEA7011@moe.edu.my

qr ssmt terkini photo 2019 08 06 16 25 38

PAUTAN KERAJAAN

mygov jpa
KPM mampu

PENGUNJUNG

563364
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
23
108
131
44909
1366
2754
563364

LOKASI SSMT