JUARA ARENA (ATLET MURID)

SSMT : Ke Arah Pendigitalan PdPC & PdPR. Satu Cabaran Guru Masa Kini

Masa begitu cepat berlalu. Diam tak diam kini hanya tinggal lagi 14 hari lagi untuk atlet menduduki SPM. Masa begitu mencemburui kita dan tidak menunggu kita. Sebagai guru apakah yang kita rasa sekarang atau apakah yang berlegar-legar dan bermain-main dalam minda dan perasaan kita sekarang. Sudah tentu perasaan tersebut susah untuk kita gambarkan sekarang kerana bercampur baur. Sesuatu perasaan yang wujud dalam diri guru adalah satu perkara yang lumrah malah tidak kurang juga guru yang sentiasa positif,bermotivasi tinggi dan energetik untuk memastikan anak didik mereka terus belajar dan bersedia untuk SPM khususnya.

Sebagai pendidik, kita perlu terus beristiqomah dan konsisten dalam kerja buat kita dalam PdPC & PdPR. Atlet sangat mendambakan dan memerlukan bimbingan, sentuhan dan didikan guru-gurunya, dan perkara ini bukan hanya bersifat sementara tetapi berterusan. Saya begitu kagum dengan usaha dan komitmen guru selama ini bertungkus lumus siang dan malam bagi memastikan anak2 atlet mendapat ilmu yang terbaik dalam setiap kelas yang diikutinya. Bukannya mudah untuk guru-guru membuat sesuatu di luar dari kebiasaan atau pun kaedah pembelajaran secara blended learning atau secara bersemuka dan secara maya. Persediaan yang perlu dilakukan bukannya sedikit. Apatah lagi terpaksa mengorbankan masa, tenaga, malah wang ringgit untuk memastikan anak2 atlet mendapat akses terbaik kepada proses pembelajaran mereka.pengetua

Tahun 2020 dan tahun 2021 adalah tahun yang  cukup berbeza bagi kita dan semua pendudukan di dunia. Kita berjuang untuk terus hidup dan terselamat dari wabak ini. Kita bukan hanya menjaga diri sendiri tetapi juga menjaga ahli keluarga dan orang tersayang. Kita kagum dengan barisan hadapan frontliner yang tidak henti-henti berusaha untuk memutuskan rangkaian covid ini sejak bulan Februari 2020 yang lalu. Semua pihak dari pelbagai peringkat termasuk rakyat Malaysia telah memainkan peranan masing-masing untuk menghentikan rantaian ini. Pengorbanan yang bukannya sedikit terutama doktor perubatan, jururawat, polis, tentera dan pelbagai pihak yang berganding bahu ke arah sifar covid 19. Sebagai rakyat kita perlulah menyokong segala usaha yang telah dilakukan ini dan sokongan ini perlulah berterusan sehingga negara kita berjaya sepenuhnya dalam peperangan ini.

Menguruskan sekolah dalam situasi ini bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi sesiapa pun tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan keadaan yang tidak terjangka ini atua di luar dari kebiasaan seharian. Kita tidak pernah terfikir suatu masa dahulu bahawa perlu memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, perlu jaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter, tidak boleh mengadakan majlis keramaian dan lain-lain lagi.

Sebagai guru, kita perlu sentiasa positif dan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Kita tidak perlu cepat mengeluh, melatah dan panik. Guru-guru perlu bertenang dan memikirkan apakah langkah, kaedah, mekanisme yang terbaik untuk terus mengadakan PdPC atau PdPR. KPM sentiasa mengeluarkan garis panduan atau manual sama ada melibatkan SOP dan pelaksanaan PdPR dalam norma baharu. Pelbagai kelonggaran telah diberikan dan pelaksanaan PdPR juga bersifat fleksibel serta ikut kesesuaian guru dan murid. Guru perlu mengambil kira pelbagai kekangan sebelum memulakan PdPR terutama peranti atau gajet yang dimiliki murid, capaian internet, kaedah pengajaran sama ada secara online, offline atau offsite. KPM juga telah menyediakan pelbagai pelantar pengajaran yang ada melalui pelantar DELIMa (Google, Microsoft dan Apple) seperti google classroom, Microsoft 365 dan apple Learning Center. Begitu juga dengan facebook, tik tok cikgootube, Didik TV, you tube, google meet, zoom, whatapss, telegram dan pelbagai lagi.

Pandemik ini juga sebenarnya telah membuka mata dan minda kita untuk menggunakan teknologi dalam skala yang besar. Malah boleh dianggap bahawa teknologi yang digunakan sekarang ini bukan lagi bersifat eksklusif atau bersifat alternatif tetapi sebaliknya merupakan satu keperluan bagi guru untuk meneruskan kelangsungan pendidikan kepada murid-murid di rumah. Justeru keadaan ini sebenarnya menunjukkan bahawa jika guru-guru cepat mempelajari dan mengadaptasi teknologi yang terkini khususnya teknologi media sosial yang ada akan terus maju manakala guru yang masing dengan kaedah lama atau konvensional akan terus ketinggalan dalam arus ini. Guru lama (veteran) atau guru baharu (muda) bukan lagi menjadi isu, tetapi persoalannya ialah kesanggupan guru-guru dua zaman sanggup mempelajari dan menggunakan sepenuhnya teknologi yang ada. Saya berbangga kerana terdapat guru-guru di sekolah ini yang mengambil ruang dan peluang untuk mempelajari dan mengaplikasikan pelbagai teknologi dalam pendidikan yang ada kini.

Teknologi yang ada sekarang sebenarnya mempunyai beberapa peranan yang sangat jelas dan nyata iaitu :

  1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
  2. Menjadikan proses pembelajaran lebih aktif.
  3. Mewujudkan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
  4. Meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.
  5. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

Hal ini berkaitan dengan Dasar ICT dalam pendidikan di Malaysia yang telah dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan pada tahun 2010 yang menggariskan tiga elemen utama iaitu :

  1. Pembangunan modal insan secara berterusan.
  2. Penggunaan teknologi ICT yang bersesuaian dalam pendidikan.
  3. Tranfromasi proses pendidikan melalui teknologi.

Dengan kata lain konsep integrasi teknologi dalam pendidikan tersebut perlu berlaku dan dibudayakan dan dibiasakan oleh guru-guru pada era kini. Istilah guru alergik untuk mengaplikasi teknologi dalam pengajaran tidak lagi timbul pada masa kini kerana mereka perlu biasakan diri dengan persekitaran sebegini.

Menurut pakar perkembangan minda Roger Sperry menyatakan bahawa minda atau otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu yang berbeza fungsinya iaitu pertama left-brain hemisphere atau hemisfera otak kiri. Otak sebelah kiri mempunyai kemampuan yang maksimum dari aspek pemikiran sains dan juga teknologi. Manakala kedua, right-brain hemisphere ataupun hemisfera otak kanan. Otak sebelah kanan ini mempunyai kemampuan maksimum dari aspek kreativiti,inovasi dan sastera. Oleh itu, guru perlu mengoptimumkan penggunaan teknologi atau pendigitalan PdPR dan PdPC agar murid-murid mendapatkan manfaat sepenuhnya walaupun belajar di rumah.

Malah menurut Thornburg (1997), sistem pendidikan yang dilaksanakan harus mampu berubah mengikut peredaran dan keperluan zaman. Generasi muda negara bakal berhadapan fenomena negatif sekiranya aspek ini diabaikan. Dalam era teknologi di hujung jari dan e-generasi, guru-guru harus turut berubah dan berusaha membentuk persepsi baharu tentang impak akibat kecanggihan teknologi terhadap masyarakat serta membantu para pelajarnya menggunakan teknologi, di samping diri mereka sentiasa meningkatkan keterampilan pengaplikasian teknologi dan menolak fobia tehadap teknologi tersebut.

Akhir kata, pendidikan abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum serta penilaian. Dalam hal ini, masyarakat perlu faham bahawa  teknologi tidak akan mengubah peranan guru sebagai pendidik malah kerjaya ini tidak akan dapat diambil alih oleh teknologi  walaupun di negara-negara yang jauh lebih maju. Guru masih diperlukan untuk mendidik dan memberi inspirasi murid-murid  dengan nilai-nilai dan etika bertunjangkan budaya bangsa dan agama. Malah teknologi juga sebenarnya banyak membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran mereka dari semasa ke semasa bagi meletakkan guru Malaysia sebagai guru yang inovatif, kreatif, kritis dan berinovasi seiring dengan kemajuan abad ke 21 ini. Saya mendoakan agar para pendidik di SSMT terus beristiqomah, komited dan terus berdaya saing dalam menghadapi era pendigitalan pendidikan ini. Selamat maju jaya kepada atlet murid yang akan menduduki SPM dan gunakanlah masa sebaik mungkin yang berbaki untuk berjuang demi masa hadapan yang gemilang.

Terima kasih

7 Februari 2021

HUBUNGI KAMI

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

09-6667012 / 09-6667013

09-6667014

 TEA7011@moe.edu.my

qr ssmt terkini photo 2019 08 06 16 25 38

PAUTAN KERAJAAN

mygov jpa
KPM mampu

PENGUNJUNG

557470
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
25
57
82
39162
1146
2575
557470

LOKASI SSMT