JUARA ARENA (ATLET MURID)

TINTA BICARA TAHUN BARU 2021

TINTA BICARA TAHUN BARU 2021

Oleh : Huszaidi bin Hussin

Pengetua SSMT

 

AspengetuaWEB3salamualaikum W.B T dan Salam Sejahtera

Tahun 2020 akan meninggalkan kita dan tahun 2021 akan mula menjelma tidak lama lagi. Tahun 2020 yang meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi Negara dan seluruh rakyatnya dengan pelbagai dugaan terutama dalam memerangi pandemic ovoid 19. Hampir semua sektor terkesan termasuklah sektor pedidikan. Sekolah terpaksa ditutup bagi dan anak-anak perlu belajar secara maya di rumah dengan pelbagai kekangan yang ada.

Bagi Sekolah Sukan Malaysia Terengganu juga tidak terlepas dari situasi ini. Pihak sekolah perlu untuk merancang semula semua program yang telah diatur pada awal tahun selaras dengan tempoh persekolahan yang ada dan pematuhan kepada norma baharu yang berkuasa. Walaubagaimanapun, perkara yang paling penting kini, ialah memastikan warga sekolah berada dalam keadaan selamat dan bebas jangkitan covid 19.

Peranan besar telah dimainkan oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2020 untuk melaksanakan setiap dasar, arahan KPM, KKM, MKN melalui pekeliling dan surat siaran yang berkuatkuasa. Pelaksanaan PdPR juga mempunyai cabaran yang unik apabila perlu memantau perkembangan status anak-anak atlet sepanjang tempoh pembelajaran tersebut. Namun, tanpa sokongan ibu bapa sudah pasti proses PdPR dan proses latihan di rumah agar sukar untuk direalisasikan. Guru-guru SSMT tanpa penat lelah sentiasa memikirkan kaedah dan mekasnisme terbaik bagi memastikan kelangsungan PdPR dan latihan di rumah.

Tahun 2020 juga banyak mengajar kita agar sentiasa bermuhasabah diri terutama sebagai pendidik. Pendidik perlu bijak menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada. Pendidikan perlu sentiasa kreatif dan mempunyai daya pemikiran yang tajam untuk memikirkan platform digital yang ada untuk kebaikan atlet murid. Malahan penggunaan platform digital seperti google classroom, you tube, facebook, cikgootube, google meet, zoom dan lain-lain lagi bukanlah suatu alternatif tetapi satu keperluan dalam konsep blended learning. Guru-guru perlu bergerak seiring dengan ledakan inovasi ini dalam norma baharu jika tidak mereka akan ketinggalan.

Tahun 2021 bakal menjanjikan pelbagai kejayaan bagi warga sekolah. Namun kejayaan tidak akan datang dengan mudah tanpa cabaran yang perlu ditempuh terlebih dahulu. Warga sekolah perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan berasaskan amalan professional sebagai penjawat awam yang tinggi. Prioriti sekolah adalah untuk memastikan semua KPI tercapai namun dengan tidak mengenapikan soal pematuhan SOP dan keselamatan warga sekolah. Saya yakin dan percaya SSMT akan terus berdiri sebagai sebuah orgnisasi pendidikan yang hebat dan disegani oleh semua pihak. SSMT akan menjadi contoh dalam aspek pengurusan sekolah cemerlang dengan kepimpinan strategik dan berimpak tinggi, pengurusan kewangan dan aset yang memenuhi tatacara pengauditan, pengurusan sukan, akademik, HEM dan Kokurikulum yang berintegriti serta berprestasi tinggi.

Marilah sama-sama doakan agar Allah memberikan kita pahala dan ganjaran sepanjang kerja buat sepanjang tahun 2020. Kita juga doakan agar dirahmati usaha warga sekolah sehari-hari dan diletakkan rasa keikhlasan bagi setiap amanah dan tanggungjawab yang dipikul bagi melahirkan atlet murid dan generasi yang mempunyai jati diri yang kuat serta beridentiti nasional. Selamat Tahun Baru untuk semua.

Terima kasih

HUBUNGI KAMI

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

09-6667012 / 09-6667013

09-6667014

 TEA7011@moe.edu.my

qr ssmt terkini photo 2019 08 06 16 25 38

PAUTAN KERAJAAN

mygov jpa
KPM mampu

PENGUNJUNG

557458
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
13
57
70
39162
1134
2575
557458

LOKASI SSMT