JUARA ARENA (ATLET MURID)

Merdeka Jiwa & Minda : Salam Kemerdekaan buat warga SSMT

Menurut Kamus Dewan, Merdeka bermaksud bebas dari penjajahan/naungan dan tidak bergantung kepada yang lain dan berdiri sendiri dan menjadi 118282376 2294967187316641 6673479682889630637 onegara berdaulat. Sasterawan Negara Usman Awang banyak menghasilkan karyanya yang meneroka semangat seperti puisi Tanahair, Merdeka, Jiwa Hamba, Pahlawan Kemerdekaan. Puisi-puisi ini dihasilkan antara lewat 1940-an hingga lewat 1950-an yang bertemakan penentangan, penjajahan dan kebebasan Antara bait-bait sajak beliau yang mempersoalkan tentang konsep kemerdekaan pada waktu tersebut terkandung dalam puisi bertajuk Jiwa Hamba. Ia sebuah puisi yang meminta pembacanya merenung dan mengubah diri sendiri sebelum kemerdekaan yang sebenarnya boleh dinikmati.

Kalau hidup ingin merdeka

Tiada tercapai hanya berkata

Tetapi cuba maju ke muka

Melempar jauh jiwa hamba.

Puisi itu ditulis pada 1948 namun mesejnya masih laku sampai sekarang. Sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin tentang sejarah kemerdekaan Negara ini dari cengkaman, kita perlu sensitif dan mengambil berat terhadap perpaduan kaum yang terjalin mekar selama ini. Setiap bangsa perlu memainkan peranan yang penting serta kesetiaan kepada prinsip rukun negara dengan tidak berbelah bahagi selagi hayat di kandung badan.. Persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri ialah merdekakah jiwa dan minda kita selama ini dan dalam dunia pendidikan pula apakah peranan kita sebagai guru pada masa kini bagi mengisi makna kemerdekaan tersebut.

Sebagai pendidik, peranan kita amatlah besar dalam dunia yang serba mencabar ini. Konsep dan kaedah mendidik perlu seiring dengan zamannya. Kita tidak boleh ketinggalan dan masih berpegang kepada cara tradisional mahupun konvensional. Dalam hal ini, keupayaan guru untuk mendidik pelajar dengan menggunakan pedagogi yang sesuai seiring dengan abad ke 21 adalah satu kriteria utama untuk guru tersebut untuk terus kekal relevan pada masa kini. Komputer dan internet serta peranti-peranti lain kini menjadi satu komponen penting untuk guru dan pelajar mengakses maklumat secara lebih mudah dan bersifat visualisasi. Konsep pembelajaran secara blanded learning (pembelajaran teradun) bukan hanya tertumpu kepada cara pengajaran semata-mata tetapi juga melihat kepada bagaimana informasi dapat disampaikan oleh guru secara mudah dan tuntas.

Di SSMT, penekanan kepada pengertian, konsep pengisian dan impak kemerdekaan itu amatlah diutamakan. Sekolah ini ingin melahirkan atlet yang sanggup berjuang demi negara dan tidak mudah untuk berputus asa demi Jalur Gemilang. Atlet masa kini perlu ditekankan tentang kepentingan mereka untuk terus menuntut ilmu sehingga mampu menjadi generasi pewaris masa hadapan. Jika mereka menjadi pemimpin biarlah mempunyai sifat kepimpinan, integriti dan akauntabiliti yang tinggi. Sekolah ini juga ingin melahirkan generasi masa hadapan yang tidak lupa sejarah dan tidak lupa asal usul ibarat jangan hanya merenung bulan dan melupakan rumput yang dipijak. Atlet mempunyai tanggungjawab yang besar kepada negara biarpun pada usia yang muda.

Saya yakin dan percaya bahawa hanya melalui pendidikan yang berkualiti dan berterusan sahaja mampu mengubah nasib sesuatu bangsa dan negara. Nelson Mandela pernah menyatakan bahawa “education is the most powerful weapon which you can use to change the world”. Atlet di sekolah ini perlu menunjukkan jatidiri yang kuat dan yakin akan kemampuan diri kerana semuanya akan kelihatan mustahil sehinggalah kita berjaya melaksanakan. Bangsa kita adalah bangsa yang beradab dan mempunyai tatasusila yang tinggi. Untuk melahirkan generasi seperti yang kita idam-idamkan generasi masa kini perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik dan mampu menjadi role model kepada atlet. Biarlah kita lebih bersifat mendiamkan diri tetapi bukan bererti lemah malah penuh ilmu dan kekuatan kita bukan datangnya dari kemampuan fizikal semata-mata tetapi dari semangat yang tidak pernah mengalah. Semoga Allah terus merahmati sekolah ini.

Terima kasih dan Selamat Hari Kemerdekaan ke 63

#malaysiaprihatin

Ikhlas

Huszaidi Hussin

Pengetua SSMT

HUBUNGI KAMI

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

09-6667012 / 09-6667013

09-6667014

 TEA7011@moe.edu.my

qr ssmt terkini photo 2019 08 06 16 25 38

PAUTAN KERAJAAN

mygov jpa
KPM mampu

PENGUNJUNG

542302
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
56
48
568
23666
2159
1903
542302

LOKASI SSMT