JUARA ARENA (ATLET MURID)

SSMT Mendepani Cabaran : Ke Arah Membina Sebuah Legasi

SSMT Mendepani Cabaran : Ke Arah Membina Sebuah Legasi

Oleh :

Huszaidi Hussin (Pengetua SSMT)

     Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja 2020 peringkat Sekolah Sukan Malaysia Terengganu amat istimewa kerana disambut secara maya dengan Tema hari guru pada tahun ini ialah   “Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baru” manakala tema hari Pekerja iaitu  "Pekerja & cabaran Kerja Norma Baharu".  Sebagai Pengetua Sekolah Sukan Malaysia Terengganu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik dan jurulatih (yang juga sebenarnya guru) serta Selamat Hari Pekerja kepada semua warga SSMT. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan para guru, jurulatih dan pekerja  kepada atlet murid dan sekolah ini.

      Pencapaian dan kejayaan yang dicipta SSMT sehingga ke hari ini baik dalam bidang sukan dan akademik menjadikan sekolah kita ini mula disegani oleh sekolah-sekolah yang lain di negara ini. Malahan sekolah ini sudah mula dijadikan penanda aras dalam bidang sukan. Ini membuktikan  bahawa para guru, jurulatih dan pekerja di sekolah ini sentiasa positif dalam menjayakan misi dan visi sekolah selaras dengan objektif penubuhan sekolah ini. 1

       Pada hemat saya, sebahagian besar guru-guru, para jurulatih dan  staf telah memainkan peranan masing –masing dengan berkesan dalam merealisasikan harapan sekolah ke arah mencapai kejayaan bertaraf dunia dan berprestasi tinggi. Para guru dan jurulatih yang positif bukan sahaja menekankan aspek akademik,  kokurikulum, dan sukan semata-mata, malah berusaha membangunkan modal insan atlet murid yang bakal memberi impak dalam  aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri serta kemenjadian atlet murid itu sendiri . Terima kasih cikgu!.

     Hal yang ingin saya tegaskan di sini ialah penyertaan dan kesungguhan atlet SSMT dalam mengharumkan nama sekolah bukan datang hanya dengan bakat semata – mata, tetapi dimangkinkan oleh para Jurulatih sebagai  penyuntik kemenjadian sukan, digarap pula oleh guru dalam membekalkan ilmu pengetahuan bagi memantapkan intelektual dan jati diri atlet murid ke arah melahirkan thinking athletes, seterusnya dibantu oleh anggota kumpulan pelaksana (AKP)  dari segi teknikal, pengangkutan dan disokong oleh perkhidmatan keselamatan dan kebersihan bagi mewujudkn suasana yang selamat dan kondusif di sekolah. Maka, dari sini terhasillah satu kerjasama padu dan gabungan lengkap dalam membina kemenjadian atlet murid SSMT yang berpotensi dan berprestasi tinggi.

       Bertepatan dengan titipan Imam Al Ghazali, pendidik mesti ada perasaan tanggungjawab, ada rasa belas kasihan dan sanggup memperlakukan atlet murid  seperti anak sendiri. Menurut beliau , hak seorang pendidik adalah lebih besar daripada hak ibu bapa. Ibu bapa menjadi sebab ianya lahir ke dunia sedangkan guru menjadi sebab anak itu memperolehi kehidupan yang kekal abadi. Tanpa panduan dan bimbingan guru, apa yang diperolehi oleh anak-anak akan hancur.

       Sememangnya tugas guru ini bukanlah satu tugas yang mudah, peribahasa guru umpama lilin membakar diri untuk orang lain memberi gambaran jasa dan pengorbanan guru yang tidak ternilai dalam mendidik dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Saya kira sepanjang tempoh PKP ini telah ramai ibu bapa melahirkan rasa tertekan dan sukar untuk mendidik anak-anak di rumah, memikul sebahagian tugas guru untuk mengejut anak-anak bangun dan masuk ke kelas online dan memastikan anak-anak menyiapkan tugasan yang diberikan. Justeru, bebanggalah kita yang bergelar guru yang dianugerahkan kesabaran dalam menjadi ejen perubahan serta membentuk generasi yang berintelek dan berperibadi mulia yang tidak boleh diambil alih tugasan ini oleh sesiapa pun.2

           Pandemik covid 19 telah mengubah landskap dunia termasuklah negara Malaysia yang kita cintai ini. Wabak yang telah melanda negara ini  telah meragut banyak nyawa jutaan kes di seluruh dunia telah dijangkiti. Justeru, saya inginmenyeru kepada semua warga untuk kita terus stay at home,kita jaga kita dan kekalkan social distancing, sentiasa pakai topeng muka di tempat awam dan hand sanitizer serta elakkan pergi ke tempat ramai orang sekiranya tidak perlu. Patuhilah SOP dan arahan yang diikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Sebagai penjawat awam, kita mesti menunjukkan sokongan yang berterusan terhadap apa juga usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memutus rantaian wabak ini. Saya sentiasa mendoakan agar warga sekolah, atlet, ibu bapa sentiasa dalam lindungan Allah selalu dan dijauhkan daripada segala musibah. Alhamdulillah setakat semua warga SSMT  berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kita juga yakin dan percaya pengorbanan frontliners seperti doktor, jururawat, pembantu perubatan, PDRM, ATM, JPAM, RELA, Imigresen dan pelbagai agensi lagi  akan membuahkan hasil dan kita juga yakin akan dapat mengatasi pandemik ini sikit masa lagi dengan komitmen semua.

Berbeza dengan sambutan sebelum ini, sambutan hari guru dan hari pekerja tahun ini sangat unik kerana  kita menyambutnya secara maya menggunakan google meet. Suka atau tidak kita perlu belajar dan mendekatkan diri dengan teknologi ini. Medium  ini telah menjadi satu ledakan dan gerakan secara besar-besaran sejak pandemik ini berlaku. Guru dan jurulatih khususnya perlu menggunakan peluang ini, untuk memastikan kita tidak ketinggalan di saat sekolah-sekolah lain sedang rancak mengggunakan pelbagai platform bagi membantu pelajar mereka untuk terus belajar dan berjaya dalam peperiksaan nanti walaupun di saat getir begini.

            Sebagaimana yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan bahawa selepas pasca covid nanti kita akan berada dalam era yang dipanggil new normal atau kebiasaan baru yang bermaksud tindakan atau tingkah laku yang baharu perlu diterapkan dan diamakan, meninggalkan segala kebiasaan bagi mengelakkan 3pandemik penyakit berjangkit. SSMT juga tidak terkecuali dalam hal ini. Pihak sekolah akan mematuhi segala peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN, KKM dan KPM  sebelum pembukaan sekolah yang akan diumumkan 2 minggu sebelum sekolah dibuka. Pelbagai SOP baharu yang ketat perlu dilaksanakan oleh semua sekolah bagi memastikan New Normal ini dipatuhi semata-mata untuk menjamin keselamatan dan kesihatan warga sekolah. Contohnya sesiapa yang memasuki kawasan sekolah perlu diperiksa suhu badan, memakai topeng muka dan menggunakan hand sanitizer terlebih dahulu dan jika didapati suhu badan menunjukkan tanda-tanda demam warga sekolah dan pelawat tidak akan dibenarkan masuk kawasan sekolah dan perlu segera ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Social distancing juga akan diamalkan  di bilik guru, pejabat sekolah, klinik, kelas, makmal, PSS, gimnasium, dewan makan, bilik asrama dan semua tempat dalam kawasan sekolah. Sekali pandang, seperti menyusahkan dan menimbulkan ketidakselesaan tetapi apakan daya, itulah yang kita patut lakukan untuk memastikan rangkaian covid 19 ini betul-betul dapat diputuskan.

            Pergerakan kita di luar kawasan sekolah juga perlu diawasi. Walaupun kita berada di zon hijau, namun sebagai warga sekolah, kita perlu menghadkan pergerakkan ke tempat-tempat yang tidak perlu. Saya mengharapkan SSMT akan menjadi tempat yang selamat dari jangkitan covid 19 ini.

            Sepanjang tempoh PKP-PKPB ini pelbagai inisiatif dan usaha guru dan jurulatih yang menyediakan pelbagai perancangan dan kaedah bagi memastikan atlet terus berlatih dan belajar. Walaupun dengan pelbagai kekangan terutama bagi atlet-atlet yang berada di pedalaman yang menghadapi masalah capaian internet dan telefon pihak sekolah  yakin dan percaya para jurulatih dan guru menggunakan kreativiti  masing-masing untuk menghubungi dan memantau perkembangan latihan dan pembelajaran  atlet tersebut. Pihak sekolah juga sering mendapatkan feedback dari ibu bapa, malah dari ibu bapa dalam kalangan PIBG yang memberi  maklum balas yang positif tentang usaha yang dilakukan oleh guru dan jurulatih sepanjang tempoh ini. Malah sekolah ini juga menekankan konsep sports parenting supaya peranan dan 4 tanggungjawab untuk memantau perkembangan atlet juga dapat dilakukan oleh ibu bapa. Kerjasama ini dipanggil performance partnership. Jika para atlet dapat melaksanakan modul latihan dan akademik yang diberikan oleh guru, insyaAllah sekurang-kurangnya akan memberikan impak dan kesan positif seperti yang disasarkan oleh sekolah. Malah sepettimana yang diumumkan oleh KPM bahawa hanya pelajar SPM dan tingkatan 6 sahaja yang akan kembali dulu ke sekolah utk persediaan SPM yang bakal diadakan pada suku tahun pertama 2021, namun pelajar-pelajar lain yang berada di rumah perlu untuk meneruskan virtual class dan virtual training dan ini bermakna guru dan coach perlu mengajar secara bersemuka dan juga secara online dengan atlet tingkatan 1-4 yang masih berada di rumah pada masa yang sama. Guru-guru juga perlu bersedia mental dan fizikal dengan perubahan ini dan begitu juga dengan jurulatih, apabila semua program sukan telah dibatalkan dan ditunda, jurulatih juga perlu membuat adjustment periodisasi sepanjang tahun ini dan sehinggalah aktiviti sukan dan kejohanan sukan dibenarkan kembali. Dengan kata lain, banyak aspek dalam pengurusan sekolah yang terdapat dalam manual pengurusan sekolah perlu diubahsuai (adjustment) untuk disesuaikan dengan pasca covid 19 ini.

            Pihak sekolah juga dapat melihat pelbagai program yang dilakukan oleh warga sekolah bagi mengisi masa yang ada untuk menambahkan pelbagai cabang ilmu masing-masing. Tindakan ini sangat baik kerana di samping melaksanakan core bussines  tetapi juga ada juga mengambil peluang untuk terlibat dengan webinar di peringkat KPM, JPNT, PPD dan agensi-agensi lain. Selain itu ada juga guru yang terlibat untuk menyediakan bahan bantu belajar di peringkat PPD dan JPNT.  Antara aktiviti,program dan inovasi telah dihasilkan oleh guru dan jurulatih SSMT seperti berikut :

  1. Cikgu Noora sinta Abdul Hadi

Channel Youtube : Jom Smart Matematik dan PAK Abad 21

- Panel bagi Bengkel Perkongsian Bahan Digital Google Classroom kepada Guru Sekolah Rendah

- Webminar Pembelajaran Digital Anjuran  Edidik, Pendidik Digital.my, Digital     

  Classroom, CikgooTube dan lain-lain.

           -Program Bulan Membaca E Nilam Bulan April 2020

           - Inovasi – Cip Master (Bronze) dalam Team CikgooTube Malaysia

           - Anugerah Leapin STAR #5 : Top 5 Anjuran Frog Asia

  1. Cikgu Mohd Humaizi Hashim yang telah membina google form laporan covid 19, google form ID Google classroom, google form memantau pdpc online
  2. Cikgu Nur Hazshila Abdul Hadi membina google form memantau kadar nadi atlet
  3. Panitia Pendidikan Agama Islam menyediakan Buletin Ramadan Online
  4. Unit Bimbingan dan Kaunseling – menyediakan video klip, anyflip dan info grafik bahan-bahan berkaitan kaunseling untuk dipapar di facebook
  5. Cikgu Roszifahti Abd Ghani menganjurkan Pertandingan melukis poster sempena Hari Guru
  6. Cikgu Wan Hanizah Wan Halim, Cikgu Wan Azrina Wan Azaman dan cikgu Mohd Wan Khairuddin Wan Ismail menyediakan sumbangan bahan bagi pelantar pembelajaran PPDKT
  7. Coach Vasantaroa a/l Appalasamy

-telah menganjurkan pertandingan video kreatif Nukilan Juara 2020,

-Perkongsian bertajuk Sprint Training Development di FB Live.

-Perbincangan mengenai olahraga bersama jurulatih berpengalaman dari SSBJ, SSTMI, SSMP dan pegawai MSN dengan google meet

-Pertandingan video variasi skipping terbaik

-Perbincangan perancangan periodisasi latihan untuk guru2 sekolah menengah di google meet

  1. Coach Asro bin Othman

-Membina google form untuk laporan covid 19 pelatih praktikal6

-Membina google form untuk memantau latihan atlet

-Menggunakan cikgootube untuk memuatnaik bahan tentang konsep latihan (hurdles)

-Menggunakan youtube untuk memuatnaik bahan sains sukan

-Mengadakan google meet berkaitan acara hurdles

-Menyediakan bahan dalam google classroom (hurdles)

  1. Coach Mohd Futra Abd Ghani

-Perkongsian secara google meet bersama PT Kebangsaan dan Negeri Johor, -guru-guru MSSD Batu Pahat membincangkan tentang periodiasasi, asas sepak takraw, sains sukan dan SSMT

-Live FB tentang sistem latihan semasa PKP dan sains sukan

-Video projek pembangunan sepak takraw bersama pemain-pemain antarabangsa- sepak takraw merentasi dunia

-Perbincangan deveploment training bersama guru-guru sepak takraw bahagian 2

  1. Coach Mohd Nizam Mohd Yusop– melancarkan compilation of 700 ++ drills videos  by NSAC
  2. Coach Mohd Darwis Chin Abdullah

-Penyediaan Workout latihan mengikut harian dengan video & gambar melalui telegram & whatapps

-Perkongsian Video latihan atlet balingan berkaitan teknik dan  strength training di facebook

 

Pihak sekolah kagum dan bangga melihat kesungguhan yang ditunjukkan, sekaligus membuktikan SSMT mendahului dalam konsep virtual ini seperti yang dipaparkan dalam Metro Online, BH Online, NSTP Online dan Google. Usaha yang lakukan ini membuktikan kepada masyarakat khususnya ibu bapa bahawa pihak sekolah sentiasa memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik dalam apa jua keadaan dan dengan pelbagai kekangan. Ini adalah ciri-ciri budaya kerja berprestasi tinggi yang sepatutnya diamalkan oleh semua warga sekolah. Semoga kerja keras dan inisiatif yang baik dalam kalangan warga ini akan menjadi perangsang kepada guru-guru dan jurulatih-jurulatih yang lain untuk turut mengharumkan nama SSMT. Sebagai guru, kita perlu sentiasa menyanjung tinggi profesion ini, sentiasa tunjukkan contoh terbaik, terpuji, jangan mementingkan diri, tidak menjadi virus dalam organisasi, tidak berada di zon selesa,rela berkorban dan perlu proaktif untuk membantu atlet murid untuk terus belajar.

Namun pada akhirnya, kesedaran (awareness), keazaman (determination) kesungguhan, usaha atlet itu sendiri yang akan membantu mereka mencapai prestasi dan kejayaan yang diimpikan. Di samping jurulatih dan guru-guru, atlet juga perlu menggunakan masa sebaik mungkin meningkatkan ilmu, teori tentang sukan masing-masing bagi mencapai tahap thinking athletes. Ibarat kata Micheals Phelps atlet renang dalam sejarah dunia dari USA yang telah memenangi 23 emas Olimpik dan pegang 7 rekod dunia “ïf you want to be the best you have to do things that other people aren’t willing to do” jika anda mahu jadi yang terbaik anda perlu lakukan perkara yang tidak sanggup dilakukan oleh orang lain.

Sekolah ini mengharapkan supaya warganya menjadi seperti lautan luas, bekerja tanpa batasan, amanah dan ikhlas walaupun hempasan  gelombang melanda tanpa henti , namun tetap mendamaikan pengunjung dengan etos yang tersendiri. Barisan AKP juga akan kembali memainkan peranan yang sangat penting terutama apabila sekolah akan mula beroperasi nanti. Bantuan dan khidmat nasihat teknikal sangat diperlukan. Anda semua juga bakal membantu dalam melaksanakan segala SOP dalam new normal yang akan dilaksanakan apabila sekolah mula dibuka nanti. Kejayaan sekolah selama ini juga dibantu oleh anda semua sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak sekolah amat mengharapkan agar kualiti kerja tuan-tuan dan puan-puan semua akan semakin meningkat dari semasa ke semasa dan berusaha untuk meletakkan kepentingan sekolah dan atlet murid, stake holder sebagai keutamaan. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada barisan pentadbiran, pasukan essenstial services iaitu unit kewangan, penyelia asrama, pengawal keselamatan yang telah bertugas secara bagi memastikan urusan kewangan dan keselamatan sekolah berjalan lancar dan tidak tergendala semasa PKP dan PKPB.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada 3 penerima anugerah sempena Hari Guru dan Hari Pekerja terutama semasa tempoh PKP ini dan penilaian mengambil kira beberapa kriteria iaitu nilai peribadi, kompetensi, hasil kerja dan sumbangan kepakaran melalui pelbagai platform digital. Semoga anugerah ini akan menjadi penyuntik semangat untuk tuan-tuan dan puan-puan bekerja dengan lebih gigih dan cemerlangan pada masa hadapan. Anugerah ini juga adalah penghargaan daripada pihak pengurusan kepada guru, jurulatih dan AKP yang proaktif serta inovatif dalam bidang masing-masing untuk pengurusan sekolah dan impak positif kepada atlet murid dan warga sekolah. Anugerah Cemerlang Kategori Guru dianugerahi kepada Cikgu Noorasinta binti Abdul Hadi (Guru Perpustakaan dan Media) atas pelbagai program dan inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP-PKPB ini. Manakala Anugerah Cemerlang Kategori Jurulatih dianugerahi kepada Coach Asro Othman (KB Sains Sukan Gunaan). Sementara itu Anugerah Cemerlang Kategori AKP dianugerahi kepada Puan Nur Amalina binti Zakaria (pembantu tadbir Kewangan (W29) kerana kompeten dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab terutama sepanjang tempoh PKP-PKPB bagi memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan cekap dan berkesan.Tahniah diucapkan pada semua. Semoga SSMT terus Maju Jaya. Bersatu kita Hebat

Please stay at home

Stay safe

Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua

Sekian, terima kasih.

HUBUNGI KAMI

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

09-6667012 / 09-6667013

09-6667014

 TEA7011@moe.edu.my

qr ssmt terkini photo 2019 08 06 16 25 38

PAUTAN KERAJAAN

mygov jpa
KPM mampu

PENGUNJUNG

542315
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
69
48
581
23666
2172
1903
542315

LOKASI SSMT