AMANAT TAHUN BAHARU 2019

AMANAT TAHUN BAHARU 2019
YBrs. Huszaidi bin Hussin
PENGETUA
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA TERENGGANU

 pengetuaBlaser

TINTA BICARA TAHUN BARU 2019.

Ibarat peribahasa Melayu “Melentur Buluh Biarlah dari rebungnya”. Begitulah juga peranan kita di SSMT. Tugas sebagai pendidik bukannya satu tugas yang mudah dan glamour. Tugas sebagai pendidik dipenuhi tanggungjawab & amanah dalam membentuk generasi pewaris Negara pada masa hadapan. Dalam usaha untuk membentuk generasi masa hadapan ini pelbagai pengorbanan diperlukan dan usaha yang tidak kenal putus asa. Atlet SSMT juga datangnya dari pelbagai latar belakang sosial dari seluruh Malaysia. Mereka datang ke SSMT dalam usia yang muda dengan penuh impian dan harapan untuk berjaya dalam sukan dan akademik.

Dalam usaha untuk memenuhi hasrat ini, warga SSMT perlulah mantap & konsisten dalam mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi sepanjang tahun baru ini. Penghayatan terhadap budaya kerja ini tidak boleh dikompromi dan dipandang mudah jika kita ingin melihat kemenjadian atlet secara konsisten dan terserlah.Guru & jurulatih perlulah sentiasa berusaha memantapkan diri dengan ilmu pedagogi & kejurulatihan setanding dan seiring dengan  abad ke 21 di samping melengkapkan diri dengan nilai peribadi, nilai mengutamakan pelanggan, nilai professional dan nilai keagamaan.  Sebaliknya jika kita hanya berada pada zon selesa & cepat berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh, langkah untuk mencapai misi & misi untuk melahirkan atlet bertaraf dunia akan tersekat dipertengahan jalan. Peter Drucker mengatakan bahawa “The best way to predict the future is to create it”.

 Fokus utama kepada kemenjadian atlet SSMT ialah memiliki sahsiah peribadi yang unggul sebagai ciri utama untuk menjadi ikon sukan kepada masyarakat berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berpegang teguh kepada Prinsip-prinsip rukun Negara. Tidak cukup dengan itu atlet perlulah dididik dengan penuh kasih sayang, teguran membina & penekanan kepada asas disiplin yang kukuh. Selain itu, sebagai pendidik kita perlulah melatih atlet fokus untuk cemerlang di dunia & di akhirat dengan memunculkan unsur takwa dalam diri terlebih dahulu sebelum mengajar mereka perihal amar maaruf nahi mungkar. Solat, al quran & doa  juga perlu dijadikan senjata yang utama untuk memastikan kejayaan atlet datang secara berterusan dan konsep al falah yang dilaksanakan memberikan kesan positif kepada mereka. Semua perkara yang telah dinyatakan di atas tidak dapat dicapai jika budaya kerjasama & nilai qudwah hasanah dalam kalangan guru & jurulatih tidak dipupuk sejak dari awal.

Biarlah anak-anak atlet menjadikan guru & jurulatih sebagai sumber inspirasi dan role model terbaik bagi mereka. Saya yakin dan percaya bahawa tahun 2019 akan menjadi tahun yang hebat dan gemilang bagi SSMT. Tanamlah azam baru dalam diri masing-masing dan berusaha mencapai KPI yang telah ditetapkan berpandukan 11 fokus kecemerlangan yang telah ditetapkan. Berdasarkan perancangan yang sistematik & pengamalan budaya kerja berprestasi tinggi secara konsisten, SSMT akan menjadi sebuah institusi pendidikan yang dihormati dan disegani. Malahan, indeks kepercayaan ibu bapa dan masyarakat akan terus melonjak dan SSMT akan menjadi sekolah sukan pilihan utama di Negara ini. Sama-samalah kita doakan agar usaha mulia ini dipermudahkan dan diberkati. Selamat Tahun Baru kepada seluruh warga SSMT. Bersamalah kita letakkan atlet SSMT di Persada Dunia.

SSMT - Di sini Lahirnya Juara Olimpik.

Ikhlas,

Huszaidi bin Hussin,

Pengetua

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu

 

budaya kerja berprestasi tinggi

 

HUBUNGI KAMI

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

   09-6667012 / 09-6667013
   09-6667014
   TEA7011[at]moe[dot]edu[dot]my

PAUTAN KERAJAAN

mygov jpa
KPM mampu

LOKASI SSMT